like

Selasa, 22 Mei 2012

Piala FA Malaysia 2012

Kelantan Juara Piala FA malaysia musim 2012




Kelantan juara piala FA 2012

Akhirnya Piala FA 2012 milik pasukan The Red Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1 gol 0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Babak pertama menyaksikan Sime Darby berjaya membantutkan asakan Kelantan,corak permainan bertahan Sime Darby berjaya mengikat keputusan tanpa gol sehingga tamat separuh masa pertama

Namun,di separuh masa kedua,Kelantan mengandakan asakan sehinggakan jentera pertahanan Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun gol Kelantan hadir menerusi jaringan penalti Mohammed Ghaddar pada minit 58,Sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri ditolak dalam kawasan penalti ketika cuba menandukan bola hantaran Indra Putra

Gol jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk Kelantan untuk terus memburu gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors

Tetapi Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis asakan Kelantan sehingga tamat 90 minit permainan

Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih manis lagi tatkala musim ini merupakan Piala baru yang diperkenalkan oleh FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir piala Fa,Kelantan layak ke final pada tahun 2009 dan 2011

Pada tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian untuk menjulang Piala yang didambakan oleh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah kelantan!




*Diek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boleh bg cadangan..