Juara EPL 2011/2012
Seperti yang kita ketahui saingan sengit antara dua pasukan berjiran Manchester City dan Manchester United kini terjawab. Stadium Etihad menjadi saksi buat Manchester City bergelar juara buat julung kalinya selepas 44 tahun menunggu detik gemilang ini.
Pada perlawanan terakhir semalam Manchester City bertemu QPR dimana detik-detik cemas ditunjukkan oleh Manchester City sebelum bergelar juara. City terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Pablo Zabaleta, Namun selang 3 minit City dikejutkan dengan gol pantas Djibril Cisse untuk berada pada kedudukan 1-1,
Masuk separuh masa kedua QPR mengejutkan City dengan jaringan hasil tandukan kemas Jamie Mackie. Disaat ramai yang mengatakan EPL bakal di kecapi oleh Manchester United, City teruskan perjuangan hingga ke akhir permainan.
Dua gol pantas yang dijaringakan pada 5 minit masa kecederaan memberi peluang untuk Manchester City bergelar juara baru liga perdana inggeris. 2 gol tersebut dijaringkan oleh Edin Dzeko menerusi tandukan dan penyudahnya oleh Sargio Aguero hasil rembatan kemas ke gawang gol QPR.
*Diek


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Boleh bg cadangan..