like

Selasa, 22 Mei 2012

FA CUP 2011/2012

Juara FA CUP 2011/2012



Tahniah kepada semua peminat pasukan Chelsea apabila pasukan kesayangan anda itu baru sahaja menjulang trofi Piala FA 2012. Perlawanan awal pagi tadi, Chelsea menumpaskan Liverpool 2-1 untuk muncul juara Piala FA buat kali keempat dalam tempoh enam musim hasil jaringan Ramires dan Didier Drogba.
Chelsea menguasai perlawanan babak pertama dan membuka tirai jaringan menerusi sentuhan Ramires dan rembatan Drogba pada tujuh minit babak kedua untuk memastikan kelab London itu menang selesa pada final berkenaan.
Dalam pada itu, pemain gantian Liverpool, Andy Carroll merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke-64 dan nyaris menyamakan kedudukan menerusi tandukan kencang ketika detik mencemaskan apabila penjaga gawang Chelsea, Petr Cech berhempas pulas menyelamatkan percubaan. Drogba muncul pemain pertama dalam sejarah Piala FA selama 141 tahun apabila menjaringkan gol dalam empat kemunculan final
*Diek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boleh bg cadangan..