like

Selasa, 22 Mei 2012

Nazmi Faiz Sign Kontrak dengan Kelab Portugal

Nazmi ikat kontrak kelab Portugal hingga 2015

Nazmi Faiz Mansor sedang menandatangani kontrak bersama 
kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.
Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:
“Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."
Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu.

*Diek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boleh bg cadangan..