Eropah League 2012/2013:
LIVERPOOL 5 VS 3 YOUNG BOYS
Kump A: Liverpool hampir hilang rekod
Pertahanan lemah hampir menyebabkan Liverpool kehilangan rekod 41 tahun tanpa kalah dengan pasukan Switzerland itu namun tetap meraih kemenangan 5-3.
Pasukan kedua Brendan Rodgers, yang disertai trio pemain baru, dua daripadanya remaja - menjaringkan lima gol telah menjadi sesuatu yang mengejutkan setelah melihat kesukaran pasukan pertama pada musim ini.
Liverpool telah mendahului dengan kesilapan gol sendiri dari pemain Juani Ojala.
Pemain yang berumur 19 tahun Andre Wisdom turut menaringkan gol pertamanya setelah Raphael Nuzzulo menyamakan mata akibat kesilapan dari Jose Enrique.
Ia bermula dengan pertahanan goyah Young Boys apabila Dusan Veskovac menghantar bola kepada pemain pertahanan tengah Ojala yang turut menanduk bola masuk ke dalam gawang pada minit ke 4.
Bukan hanya itu, kesilapan Jose Enrique untuk menyambut bola jauh dari Brad Jones pada minit ke 38 telah mencipta peluang untuk Nuzzolo menangani gol pertamanya sebelum Jones dapat pulih.
Walaubagaimanapun, Wisdom mampu menyelamatkan pasukannya dengan gol menyerlah dari tendangan sudut Nuri Sahin pada minit ke 40.
10 minit selepas separuh masa kedua bermula Raul Bobadilla mencipta peluang di sudut kiri untuk Ojala menandukkan gol.
Bobadila kemudian menghantar kedua-dua Carragher dan Suso dan memberikan bola kepada Zarate memberikan jaringan kemas melepasi Jones.
Liverpool bertindak empat minit seterusnya dengan tandukan gol dari Coates hantaran pemain gantian Fabio Borini.
Fabio Borini kemudian membantu Jordan Henderson dan terlibat dalam dua gol berturut-turut dari pemain Shelves itu.
Ini adalah pertama kali Liverpool telah menjaringkan lebih dari satu gol dalam lapan perlawanan Eropah dan juga pertama kali dalam peringkat kumpulan lawatan sejak menewaskan PSV pada December 2008.
Kempen Liga Eropah Rodgers telah bermula dengan baik - sesuatu yang mengembirakan lelaki utara Ireland itu kerana pemilihannya berkesan.